Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu
keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita
juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk
mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang
sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun
berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit
tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan.
Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.
1. Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda
berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi
terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian
hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat
mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah
tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda
melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
2. Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber
motivasi
yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda
mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa
yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda.
Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika
anda tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah
mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka
memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang
ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus
realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda
duduki sekarang ini.
3. Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat
motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini
akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan
memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau
dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda
semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk melihat kembali
kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada
diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
4. Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan orang
lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada
mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika
dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda
mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu
dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup
dan keadaan yang berbeza. Membandingkan diri anda dengan orang lain
adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang
pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi
yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan
kedua-dua orang ini.
5. Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila
anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda
mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin
berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini
sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara
seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya
menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan
adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam
situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah
kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau
berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus
untuk mengambil langkah yang seterusnya.
6. Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah
motivasi diri
anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat
diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu
yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa
lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda
lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak
dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda
sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira
seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti
jika anda berani meneruskan perjalanan.